Aturcara Umrah

Pakej Umrah 12H10M

Penerbangan Terus Ke MADINAH

Hari 01 : Kuala Lumpur – Madinah

Para jemaah dinasihatkan supaya berada di KLIA sekurang-kurangnya tiga jam sebelum berlepas. Berkumpul di tingkat 5 untuk serahan bagasi, passport, boarding pass dan sedikit taklimat ringkas. Pesawat akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Madinah. Setibanya di Madinah, jemaah akan disambut oleh wakil kami yang bertugas disana untuk urusan daftar masuk hotel dan seterusnya berehat.

Hari 02 : Madinah

Selepas sarapan, jemaah akan berkumpul di lobi hotel. Para jemaah bersama-sama Mutawwif akan menziarahi Makam Rasulullah s.a.w di dalam Masjid Nabawi dan perkuburan Baqi’ yang berhampiran dengan hotel.

Hari 03 : Madinah

Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa menziarahi tempat- tempat bersejarah di Kota Madinah seperti Masjid Quba, masjid yang didirikan diatas dasar taqwa, Nabi pernah bersabda “barang siapa yang berwudhuk di kediamannya dan kemudian ia berkunjung ke masjid Quba lalu ia bersolat sunat maka dapatlah ia pahala sepertimana ia menunaikan Umrah”. Kemudian ke Jabal Uhud tempat berlakunya peperangan Uhud yang sungguh dahsyat sehingga mengorbankan 70 para sahabat termasuk bapa saudara Nabi,Saidina Hamzah. Masjid Qiblatain, masjid dua kiblat terjadi pada tahun kedua Hijrah. Masjid Khomsah,khomsah bererti lima, bersempena lima sahabat Nabi,pada asalnya ia merupakan benteng-benteng pertahanan semasa peperangan Khandaq dan akhirnya ke Ladang Tamar. Di sini tempat yang baik untuk membeli buah tamar yang segar.

Hari 04 : Madinah-Makkah

Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di Madinah. Jemaah disunatkan agar menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W untuk ziarah selamat tinggal. Seterusnya kembali ke hotel, bersiap untuk berangkat ke Makkah. Jemaah diingatkan agar memakai pakaian Ihram dan diwajibkan berniat Ihram Umrah di Bir Ali. Sebaik tiba di Makkah, para jemaah akan dibawa oleh mutawif untuk menyelesaikan kerja-kerja Ibadah Umrah.

Hari 05 : Makkah

Aturcara bebas, jemaah bebas untuk melakukan Ibadah Umrah.

Hari 06 : Makkah

Hari ini jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur dipuncaknya terdapat sebuah gua tempat persembunyian Nabi Muhammad bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar sebelum berhijrah ke Madinah,Padang Arafah tempat wukuf bagi jemaah haji. Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Siti Hawa. Muzdalifah tempat jemaah haji mengutip anak batu. Mina tempat bermalam bagi jemaah haji. Jabal Nur, sebuah bukit yang terdapat diatasnya Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama di dunia iaitu surah Al Alaq dan akhirnya terus ke Ja’aranah untuk berniat Umrah. Acara Bebas.

Hari 07 : Makkah

Aturcara bebas, jemaah bebas untuk melakukan Ibadah Umrah.

Hari 08 : Makkah

Pada hari ini jemaah akan dibawa melawat Ladang Unta, Muzium Haramain dan ke tempat Miqat Umrah yang terakhir iaitu di Hudaibiah untuk berniat Ihram Umrah bagi yang ingin mengerjakan Umrah. Aturcara bebas.

Hari 09 – 10 : Makkah

Aturcara bebas, jemaah bebas untuk melakukan Ibadah Umrah

Hari 11 : Makkah – Jeddah

Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di Makkah. Jemaah diwajibkan mengerjakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Seterusnya bertolak ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Hari 12 : Kuala Lumpur

InsyaAllah jemaah selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selesailah Ibadah Umrah Tuan/Puan bersama KURMA Travel. Semoga para jemaah sekelian mendapat umrah yang mabrur dan kesihatan yang baik

“Pakar Menyantuni Duyufurrahman”

Kurma Travel & Tours Sdn Bhd