Akikah dan Qurban

Ibadat Qurban, Akikah & Dam di Mekah

Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.

Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”

(Riwayat al-Hakim).

Ibadat Qurban,Akikah dan Dam akan dilaksanakan di Mekah Al Mukaramah. Kurma Travel & Tours yang berpengalaman didalam melaksanakan ibadah Qurban,Akikah dan Dam di Mekah akan bertanggungjawab menjadi wakil anda didalam perlaksanaan ibadat tersebut untuk para tetamu Allah.

Ibadat Qurban,Akikah dan Dam :
RM 450 (Kambing)
RM 3,800 (Unta)

Click
Click
Click

“Pakar Menyantuni Duyufurrahman”

Kurma Travel & Tours Sdn Bhd